Saturday, April 11, 2009

Keadaan Harta Pusaka di M'sia

Saya ingin berkongsi berpandukan kpd ilmu dan pengalaman yg sedikit.

Umat Islam hari ini perlu tahu tentang selok belok pengurusan harta pusaka. Apabila kita meninggal, walaupun secebis sahaja harta yg ditinggalkan namun ia tetap perlu diuruskan untuk manfaat waris. Saya telah jelaskan dahulu bahawa menguruskan harta pusaka simati adalah wajib kerana terlalu banyak maslahah disebaliknya, samada utk waris atau utk simati sendiri.

Bila berlaku satu2 kematian, harta simati akan dibahagikan kpd 2 keadaan iaitu Harta Alih dan Harta Tak Alih. Harta Alih spt duit tunai, simpanan, kenderaan dsb yg boleh dipindah. Harta Tak Alih ialah spt tanah dan rumah. Nilai bagi harta2 tersebut pula dibahagi kpd 2 iaitu RM600 ribu kebawah dan RM600 ribu keatas.

Bagi harta alih shj yg bernilai RM600 ribu kebawah, prosesnya perlu dibuat di Amanah Raya Berhad. Harta Alih yg bercampur dgn Tidak Alih bernilai RM600 ke bawah, prosesnya di Pejabat Pusaka Kecil. Manakala semua harta yg bernilai lebih RM600, prosesnya adalah di Mahkamah Tinggi Sivil (peguam dan penjamin diperlukan)

Cuba bayangkan bagaimana laluan yg bakal dilalui oleh waris simati. Itu belum lagi diambil kira proses2 awal spt mengumpul waris, melantik pentadbir, perbincangan antara waris dan siapa yg akan mengeluarkan kos pengurusan.

Melihat kpd cabaran2 td sewajarnya, kita sbg pemilik harta semasa hidup memikir dan mencari suatu alternatif supaya harta kita akan dpt diuruskan secepat mungkin dan waris tidak terbeban dgn prosedur pengurusan yg berbagai serta kos yg perlu ditanggung oleh mereka. Dgn itu mereka tidak perlu menunggu lama utk menikmati segala harta yg kita kumpulkan semasa hidup.

Satu perkara yg perlu kita tahu, bahawa Islam mensyariat berbagai kaedah utk menguruskan harta. Umat Islam tidak hanya tertakluk kpd Faraid semata2. Instrument lain yg perlu diberi perhatian ialah spt Hibah (pemberian atas dasar kasih sayang semasa hidup dan penukaran hak milik selepas mati), harta sepencarian (utk pasangan), wasiat 1/3 utk bukan waris (amal jariah yg pahalanya akan berterusan), waqaf dsb. Bg yg tidak memiliki anak, ada anak perempuan shj, anak angkat, maka Hibah menjadi satu pilihan supaya harta yg ada dpt diagihkan mengikut keinginan kita dan anak yg ditinggalkan terjamin kehidupan mereka.

SEKIAN

Kepentingan Ilmu Faraid

Allah Taala kurniakan kita berbagai ilmu, antaranya ilmu utk membina keluarga, mencari rezeki utk mereka dan ilmu menguruskan rezeki tersebut. Namun sedarkah kita bahawa umat Islam hari ini semakin melupakan satu ilmu yg amat penting iaitu ilmu bagaimana menguruskan harta selepas kematian.

Hari ini lebih 1 juta kes pusaka tidak diselesaikan dgn nilai lebih RM40b. Kenapa ini berlaku? sedang sudah ada badan2 yg menguruskan harta pusaka di negara kita. Antara faktornya ialah kejahilan tentang ilmu Faraid, kejahilan tentang kaedah pengurusan harta pusaka, cabaran2 yg dihadapi sepanjang menguruskannya dan kos yg perlu ditanggung oleh waris sepanjang proses. Faktor2 ini menyebabkan mereka melambat2kan proses bahkan ada yg melupakan terus proses tersebut lebih2 lg jika harta yg ditinggalkan simati tidak seberapa. Sedangkan hukum menguruskan harta pusaka adalah wajib.

Ilmu Faraid sudah makin dilupakan. Jika ditanya tidak ramai yg mengetahuinya termasuk ustaz2 sendiri. Kenapa penting Ilmu Faraid? Ilmu ini menjadi asas kepada pengurusan harta pusaka. Mengetahuinya menjadikan kita tahu siapa waris kita, apa keadaan2 yg akan berlaku kpd pengagihan harta nanti seterusnya ia membantu kita merancang harta semasa kita masih hidup. Timbul berbagai persoalan dlm diri kebanyakan org Islam bagaimana jika mereka tiada anak perempuan, ada anak angkat, bagaimana harta sepencarian bg pasangan dsb. Semua ini terjawab sekiranya kita tahu Ilmu Faraid. Mempelajari Ilmu Faraid hari ini bukan setakat berkenaan pembahagian harta sahaja, tp perlu diketahui kaedah pengurusan dan bidang2 perundangan yg perlu dilalui.

Cuba tanya pd diri kita, tahukah kita Ilmu Faraid utk diri kita dan waris terdekat kita? Siapa dia waris2 kita? Di mana tempat menguruskan harta pusaka? Bagaimana kaedah menguruskan harta pusaka yg betul? Jika kita tidak tahu, saya percaya isteri dan anak2 kita tidak akan tahu.

Yakinkah kita apabila kita meninggal, adakah waris akan menguruskan harta pusaka kita dgn mudah? adakah waris kita akan melunaskan segala hutang kita (hadis: jiwa setiap mukmin tergantung dgn hutangnya sehingga dilunaskan), adakah mereka tidak bergaduh berebutkan harta, adakah tiada campur tangan orang luar yg tidak berhak dlm urusan harta pusaka? Banyak kes2 berlaku dimana adik beradik, pak saudara campur tangan sedangkan mereka pada masa itu tidak layak. Bagaimana pula jika mereka layak, sudah pasti mereka akan menuntut sama. Bagaimana nasib anak isteri kita, jika mereka sama2 menuntut rumah, tanah, kenderaan yg kita tinggalkan.

Kesimpulannya, pengurusan harta pusaka di M'sia perlu melalui berbagai proses dan cabaran. Ilmu Faraid hanya sebagai asas utama, tetapi waris akan berdepan dgn banyak lagi cabaran sepanjang menguruskan harta pusaka nanti. SEKIAN

Sunday, March 8, 2009

MASALAH FARAID 2

Kebiasaannya dalam sesebuah keluarga adalah terdiri daripada suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, ayah, emak dan adik beradik. Kita andaikan sekiranya suami meninggal, bagaimana pembahagian harta pusakanya mengikut faraid:

Penyelesaian: Isteri 1/8, ayah simati 1/6, emak simati 1/6, anak lelaki dan perempuan asobah bilghairi, adik beradik simati terhalang dengan anak lelaki atau ayah. Pembahagian bermula daripada 24. Isteri 3, ayah 4, emak 4, Baki 13 untuk anak lelaki dan perempuan (kita andaikan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Bahagian anak lelaki 2 dan bahagian anak perempuan 1, jadi 3). 13 tidak boleh dibahagi 3, maka perlu didarabkan asal 24 tadi dengan 3. Maka pembahagian baru adalah dengan 72. Isteri 9, ayah 12, emak 12, baki 39 untuk anak (26 untuk lelaki, 13 untuk perempuan). Contoh nilai harta: RM 360,000

RM 360,000/72 = RM 5000 1 bahagian
- Isteri : RM5000 x 9 = RM 45,000
- Ayah : RM5000x 12 = RM 60,000
- Emak : RM5000x 12 = RM 60,000
- Anak L : RM5000 x 26 = RM 115,000
- Anak P : RM5000 x 13 = RM 65,000

Kesimpulan:
1. Pengiraan anak adalah berbeza mengikut jumlah dan jantina anak. Apa yang perlu menjadi asas, bahagain anak lelaki ialah 2, anak perempuan ialah 1.

2. Adik beradik tidak mendapat apa2 daripada harta kerana terhalang dengan ayah dan anak lelaki. Sekiranya ayah tiada, maka mereka masih lagi terhalang dengan anak lelaki. Jika anak dan ayah tiada, barulah mereka mendapat bahagian. Sekian

MASALAH FARAID 1

Saya akan berkongsi dengan saudara2 bagaimana menyelesaikan masalah faraid. Jika berkesempatan saya akan tuliskan dari semasa ke semasa masalah dan penyelesaiannya. Minta pandangan dan teguran jika ada kesilapan.

1. Simati meninggalkan seorang isteri, 3 anak perempuan, ayah dan emak.

Penyelesaian: Isteri 1/8, 3 anak p 2/3, ayah 1/6, emak 1/6. Pembahagian dikira drpd 24, isteri 3, anak p 16, ayah 4, emak 4. Jumlah 27. Masalah ini dinamakan 'aul. Asal 24 menjadi 27. Jadi harta pusaka perlu dibahagikan dengan 27 bukan 24. Contoh mudah: Nilai Harta RM99,900

RM99,900/27 = RM3700 (1 bahagian)
- Isteri : RM3700 x 3 = RM11,100
- 3 anak : RM3700 x 16 = RM 59,200/3 (19,733.33 seorang)
- Ayah : RM3700 x 4 = RM 14,800
- Emak : RM3700 x 4 = RM 14,800

Kesimpulan:
1. Harta tidak akan pergi kepada adik beradik simati kerana ayah masih ada. Sekiranya ayah telah meninggal, maka bahagian ayah akan pergi kepada adik beradik simati. Kaedah pengiraan perlulah melihat kepada jumlah dan jantina adik-beradik pula.

2. Bahagian isteri kurang daripada bahagian ayah, sedangkan isteri lebih dekat dengan simati. Ini tidak boleh dipertikaikan kerana ayat Al-Quran sbg sumber hukum telah menetapkan demikian. Cuma perlu difahami Islam menetapkan bahawa isteri masih ada peluang2 lain untuk memperolehi harta simati seumpama harta sepencarian, hibah dsb. Jadi umat Islam perlu mengetahui dan memahami kaedah2 ini. SEKIAN

Perkongsian 1

Hasil perbincangan dengan beberapa orang kenalan, saya mendapati ramai orang tidak memahami hakikat ilmu Faraid. Kita tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin tidak ramai pakar/pendakwah yang menyebarkan ilmu ini menyebabkan mereka membahagi2kan harta mengikut kehendak sendiri tanpa mengambil kira batas2 hukum.

Saya ada berbincang dengan beberapa orang peneroka felda. Hari ini felda telah mencapai tahap generasi kedua (atau mungkin ke3 atau lebih). Bermakna sudah berlaku banyak kematian. Dasar yang ditentukan untuk tanah felda ialah tidak boleh meletakkan banyak nama. Jadi diletak nama seseorang daripada waris (spt isteri) yg mana mereka ialah pemegang amanah bagi sebahagian harta tersebut. Tapi banyak yang berlaku, pemegang amanah tidak menjalankan tanggungjawab mereka dimana harta dibahagikan tanpa berpegang pada hukum faraid. Akhir akan berlaku memakan harta orang lain atau menimbulkan perasaan tidak puas hati waris2 yang lain.

Bagaimana pula jika pemegang amanah tadi pula yang meninggal, sudah pasti masalah akan menjadi lebih rumit kerana anak2 mereka pula akan masuk campur dalam pembahagian harta tersebut. Sekian

Tuesday, March 3, 2009

Ayat Faraid

SURAH AL-NISA’ AYAT 11
- Bahagian anak, ibu dan bapa

“Allah perintahkan kamu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan [1]. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua[2], maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh simati. Dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu-bapa (simati), tiap-tiap seorang dari keduanya, seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh simati, jika simati itu mempunyai anak. Tetapi jika simati tidak mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya sahaja, maka bahagian ibu ialah sepertiga. Kalau simati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasitkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu [3]. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

[1] Bahagian anak lelaki dua kali bahagian anak perempuan adalah karena kewajiban lelaki lebih berat dari perempuan, seperti kewajiban membayar maskawin dan memberi nafkah.
(lihat surat An Nisaa ayat 34).

[2] Lebih dari dua maksudnya: Dua atau lebih berpandukan kepada amalan Nabi S.A.W.

[3] Sebab itu Allah Taala menetapkan bahagian mereka kerana Dia jua Yang Maha Mengetahui.


SURAH AL-NISA’ AYAT 12
- Bahagian suami isteri dan adik beradik seibu


“Dan bagi kamu (suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika simati yang diwarisi itu, baik lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau seorang saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasitkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris-waris)[1]. (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar.”

[1] Memberi mudharat kepada waris itu ialah seperti:
Mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka atau berwasiat dengan maksud mengurangi harta warisan, sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris, juga tidak diperbolehkan.


SURAH AL-NISA’ AYAT 176
- Bahagian adik-beradik kandung dan adik beradik sebapa

“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah itu [1], iaitu jika seseorang mati, yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuan, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh simati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu, supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

[1] Kalalah ialah: seseorang yang mati, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa.

Monday, March 2, 2009

PENGALAMAN 3

Ini pula kisah pak mentua saya (berlaku semasa belum lg jd menantunya)

Kisah yg juga sudah lama berlaku. Arwah datuk pd pak mentua saya memilki sebidang tanah. Tanah itu diambil oleh pemaju utk tapak perumahan dan beliau diganti dgn sebidang tanah lain yg beliau sendiri tidak tahu lokasinya sampai dia mati. Datuk pak mentua sebelum meninggal mempunyai seorang isteri (isteri ke2, isteri pertama meninggal dulu), 2 org anak dari isteri pertama (1 lelaki dan 1 perempuan), 2 anak dr isteri ke 2 (1 lelaki dan 1 perempuan). Ketika meninggal tanah yg diganti itu masih bernamakan tuan asal. Masa berlalu, hinggalah 2 org anak isteri pertama (bapa kpd pak mentua saya dan mak sedaranya) meninggal. Tinggal lah isteri ke 2 dgn 2 org anaknya.

Tanah itu masih tidak diketahui dimana lokasinya. Suatu hari datang seorang hamba Allah yg tahu tentang tanah itu memberitahu pak mentua saya supaya tolong uruskan tanah itu kerana tuan asalnya pun dah tua dan sakit2, nanti kalau dia mati lg susah. Jd diuruskan tanah itu dan utk memudahkan urusan diletakkan atas nama pak mentua saya. Selepas selesai, tidak lama selepas itu hamba Allah dan tuan tanah td meninggal. Selesai 1 peringkat masalah.

Masa terus berlalu, dgn tanah pusaka td masih atas nama pak mentua saya. Tak lama kemudian anak lelaki isteri ke 2 td meninggal meninggalkan anak yang ramai, selepas itu anak perempuan pula diserang sakit jantung, koma beberapa hari di hospital. Alhamdulillah, Allah panjang umurnya. Si isteri pula yang sakit tua selalu menyebut kalu2 ada rezeki untuk dia merasai pusaka peninggalan arwah suaminya sblm beliau meninggal.

Apa yang dirasai benar2 terjadi. Pada bln 12 baru2 ini, Allah Taala menjemput isteri ke 2 mengadapnya secara tiba-tiba. Yang tinggal sekarang ialah 1 org saje waris pd lapis pertama. Entah bila tanah itu dpt diselesaikan saya sendiri tidak tahu. Dah banyak kali menyebut kpd pak mentua, namun hingga hari belum lg selesai. Takut2 bila dia pulak meninggal lagi besar beban dan tanggungjawab anak2nya (isteri saya dan adiknya, termasuk saya juga) untuk menguruskannya.

PENGALAMAN 2

Ini kisah harta pusaka arwah nenek (org trg panggil tok) saya sendiri.
Semasa hayat tok ada membeli sebidang tanah, tetapi berkongsi dengan pak sedara (abg ayah yg sulong) yg membayar sebahagian lagi. Namun diletakkan nama pak sedara dgn harapan bila meninggal abg sulong akan agih2 utk adik2. Bila tok meninggal, pak sedara tadi terus menjual tanah yg nama dia tadi tanpa mengambil kira milik tok yg menjadi pusaka utk anak2 yg lain. Akhirnya berlaku perselisihan antara adik beradik kerana tidak puas hati. Hingga hari ini hubungan itu terus renggang.

Memandangkan ayah ialah anak bongsu, tok meletakkan sekeping tanah sawah atas nama ayah. Sekarang ayah berhajat nak menyelesaikan tanah pusaka itu, tetapi tidak mendapat kerjasama dari pak sedara tadi yg tidak mahu menyerahkan k/p nya utk urusan di Pejabat Pusaka. Hingga kini tanah itu tidak selesai. Sudah lebih 15 tahun rasanya. Tanah sawah itu sendiri tidak dapat dipastikan dimana lokasinya kerana dikelilingi dgn kawasan projek perumahan. Entah macam mana nasib arwah tok di sana...

PENGALAMAN 1

Marilah kita hayati bersama!
Masih teringat lagi, selepas tamat pengajian di Mesir dan pulang ke tanahair, cabaran pertama saya ialah diminta oleh tok sedara (nenek saudara) sebelah mak menyelesaikan harta pusaka peninggalan ibunya yang tertangguh hampir 50 tahun lamanya. Harta yang hanya sebidang kecil tanah yang nilainya tidaklah terlalu besar, tetapi mengganggu tidur beliau. Akhir2 ini, kata beliau tidurnya selalu didatangi arwah seolah2 membayangkan ada sesuatu yang tidak selesai. Rupa2nya tanah itu. Masih dengan nama arwah, lebih2 lagi arwah meninggalkan 3 anak perempuan. Satu masalah yang cukup rumit untuk mencari waris2 lain. Bahkan sudah ada waris yang meninggal. Akhirnya masalah pusaka menjadi berlapis2. Hanya untuk membayar sejumlah wang yang sedikit, namun atas dasar hukum agama ia perlu diselesaikan. Hinggakan berlaku kesilapan dalam pengagihan kerana tersilap mengesan waris mana yang terlebih dahulu meninggal. Akhirnya sebahagian kecil harta itu berjaya diselesaikan, namun baki yang lain masih lagi tertangguh hingga ke hari ini.

TAJUK-TAJUK AKHBAR

1. RM38 bilion pusaka belum dituntut
2. RM40 Billion Unclaimed Cash and Assets Left by The Dead
(RM38b in land and property, RM1.5b with Registrar of Unclaimed Monies, RM70 million with the EPF)
3. RM40b harta tak dituntut, RM38b babitkan pusaka Melayu
4. RM70 juta caruman KWSP tidak dituntut
5. Sejuta kes tuntutan tanah pusaka sukar diselesaikan
6. 900,000 hak milik tanah kepunyaan orang mati
8. 90 waris dapat 1.8 meter persegi seorang
9. Perebutan punca pembahagian tanah pusaka RM3b belum selesai
10. Anak mohon ibu junjung al-Quran nafi wasiat bapa
11. Anak dakwa ibu tiri pindah milik 540 ribu saham bapanya
12. Ibu cadang cagaran kos bicara RM30 ribu
13. Saksi minta kakak ipar sumpah junjung al-Quran
14. Anak kemuka tuntutan harta terhadap ibu kandung
15. Ibu saman dua anak, dakwa diperdaya
16. Gara-gara harta pusaka tak bertegur sapa
17. Gaduh berebut tanah, tangan putus ditetak
18. Dapat tanah, ibu terbuang (Metro/17 Jan 2008)
19. 50 tahun baru selesai kes tuntutan tanah pusaka
20. Waris cetek pengetahuan punca harta pusaka terbiar

Ini adalah sebahagian daripada tajuk-tajuk akhbar yang mungkin kita membacanya, tetapi kurang memberi perhatian apakah maksud disebaliknya. Ataupun kita mungkin langusng tidak mahu membacanya kerana rasa tidak penting, bukannya masalah aku dsb. Sebenarnya banyak lagi peristiwa2 tragis yang berlaku terhadap harta pusaka orang Islam di M'sia. Tidak mustahil ia akan berlaku kepada kita, waris kita nanti jika kita tidak memberi perhatian. Pada saya peristiwa2 ini membenarkan sabda nabi yang antara mafhumnya ialah fitnah besar akan melanda umat Islam jika memandang remeh kepada masalah harta pusaka.

Friday, February 27, 2009

Kursus/Ceramah Faraid & Pengurusan Harta Pusaka

Bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah, dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang bentuk kursus, ceramah, taklimat berkenaan Ilmu Faraid dan Pengurusan Harta Pusaka, bolehlah hubungi saya.

Khususnya di Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

Kandungan:
1. Pengenalan Ilmu Faraid
2. Kenali Wasiat, Hibah, Amanah, Harta Sepencarian dsb
3. Bagaimana menguruskan Harta Pusaka
4. Bagaimana merancang Harta Pusaka

Thursday, February 26, 2009

Dimana Ilmu Faraidh kita?

Hari ini, sebahagian besar atau hampir keseluruhan umat Islam khususnya dinegara kita semakin lupa kepada ilmu Faraidh. Kalau ditanya tentangnya, tidak ramai yang mampu menjawab. Bukan sekadar orang biasa, malahan mereka yang berstatus ustaz pun tak mampu untuk menjelaskannya. Kalau bercakap tentang harta pusaka, dikatakan 'nak mati dah ke' 'tamakkan harta' dsb. Lama kelamaan ilmu ini makin dilupakan, dan terjadilah apa yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis baginda:

" ...pelajarilah Ilmu Faraidh serta ajarkan ia kepada orang lain. Kerana sesungguhnya aku ini akan dicabut nyawa (mati) dan ilmu tersebut juga akan dicabut oleh Allah. Lalu akan timbullah fitnah harta sehingga nanti akan ada di kalangan 2 orang yang berselisih tentang pembahagian harta pusaka dan mereka sendiri tidak tahu siapakah yang akan dapat menyelesaikan masalah mereka". (Riwayat alHakim, alBaihaqi dan Abdullah ibn Mas'ud)

Apa yang ditakuti oleh baginda nabi sebenarnya telah berlaku kini, dan ia sebenarnya sudah mencapai tahap kronik. Cuba kita tanya setiap orang, pasti dalam keluarga mereka akan ada masalah harta pusaka, mungkin ayah, ibu, datuk, nenek dsb. Kadang2 tanah tapak rumah kita bukan atas nama kita tapi nama nenek moyang kita yang dah meninggal bertahun lamanya. Bahkan ada tanah yang berpuluh2 nama di atasnya. Kenapa ini berlaku? Jawapannya: kerana kita lalai dari menghayati Ilmu Faraid.

Kita tahu ilmu untuk cari harta, guna harta tapi kita lupa satu ilmu, untuk menguruskan harta kita selepas kematian kita...

Pengertian Faraidh

Faraidh ialah ilmu berkenaan pengurusan dan pengagihan harta simati. Ilmu Faraidh akan membincangkan berkenaan siapa waris yang berhak ke atas harta pusaka simati dan berapakah bahagian yang berhak dimiliki