Hari ini, sebahagian besar atau hampir keseluruhan umat Islam khususnya dinegara kita semakin lupa kepada ilmu Faraidh. Kalau ditanya tentangnya, tidak ramai yang mampu menjawab. Bukan sekadar orang biasa, malahan mereka yang berstatus ustaz pun tak mampu untuk menjelaskannya. Kalau bercakap tentang harta pusaka, dikatakan 'nak mati dah ke' 'tamakkan harta' dsb. Lama kelamaan ilmu ini makin dilupakan, dan terjadilah apa yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis baginda:
" ...pelajarilah Ilmu Faraidh serta ajarkan ia kepada orang lain. Kerana sesungguhnya aku ini akan dicabut nyawa (mati) dan ilmu tersebut juga akan dicabut oleh Allah. Lalu akan timbullah fitnah harta sehingga nanti akan ada di kalangan 2 orang yang berselisih tentang pembahagian harta pusaka dan mereka sendiri tidak tahu siapakah yang akan dapat menyelesaikan masalah mereka". (Riwayat alHakim, alBaihaqi dan Abdullah ibn Mas'ud)
Apa yang ditakuti oleh baginda nabi sebenarnya telah berlaku kini, dan ia sebenarnya sudah mencapai tahap kronik. Cuba kita tanya setiap orang, pasti dalam keluarga mereka akan ada masalah harta pusaka, mungkin ayah, ibu, datuk, nenek dsb. Kadang2 tanah tapak rumah kita bukan atas nama kita tapi nama nenek moyang kita yang dah meninggal bertahun lamanya. Bahkan ada tanah yang berpuluh2 nama di atasnya. Kenapa ini berlaku? Jawapannya: kerana kita lalai dari menghayati Ilmu Faraid.
Kita tahu ilmu untuk cari harta, guna harta tapi kita lupa satu ilmu, untuk menguruskan harta kita selepas kematian kita...
No comments:
Post a Comment