Sunday, March 8, 2009

MASALAH FARAID 2

Kebiasaannya dalam sesebuah keluarga adalah terdiri daripada suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, ayah, emak dan adik beradik. Kita andaikan sekiranya suami meninggal, bagaimana pembahagian harta pusakanya mengikut faraid:

Penyelesaian: Isteri 1/8, ayah simati 1/6, emak simati 1/6, anak lelaki dan perempuan asobah bilghairi, adik beradik simati terhalang dengan anak lelaki atau ayah. Pembahagian bermula daripada 24. Isteri 3, ayah 4, emak 4, Baki 13 untuk anak lelaki dan perempuan (kita andaikan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Bahagian anak lelaki 2 dan bahagian anak perempuan 1, jadi 3). 13 tidak boleh dibahagi 3, maka perlu didarabkan asal 24 tadi dengan 3. Maka pembahagian baru adalah dengan 72. Isteri 9, ayah 12, emak 12, baki 39 untuk anak (26 untuk lelaki, 13 untuk perempuan). Contoh nilai harta: RM 360,000

RM 360,000/72 = RM 5000 1 bahagian
- Isteri : RM5000 x 9 = RM 45,000
- Ayah : RM5000x 12 = RM 60,000
- Emak : RM5000x 12 = RM 60,000
- Anak L : RM5000 x 26 = RM 115,000
- Anak P : RM5000 x 13 = RM 65,000

Kesimpulan:
1. Pengiraan anak adalah berbeza mengikut jumlah dan jantina anak. Apa yang perlu menjadi asas, bahagain anak lelaki ialah 2, anak perempuan ialah 1.

2. Adik beradik tidak mendapat apa2 daripada harta kerana terhalang dengan ayah dan anak lelaki. Sekiranya ayah tiada, maka mereka masih lagi terhalang dengan anak lelaki. Jika anak dan ayah tiada, barulah mereka mendapat bahagian. Sekian

MASALAH FARAID 1

Saya akan berkongsi dengan saudara2 bagaimana menyelesaikan masalah faraid. Jika berkesempatan saya akan tuliskan dari semasa ke semasa masalah dan penyelesaiannya. Minta pandangan dan teguran jika ada kesilapan.

1. Simati meninggalkan seorang isteri, 3 anak perempuan, ayah dan emak.

Penyelesaian: Isteri 1/8, 3 anak p 2/3, ayah 1/6, emak 1/6. Pembahagian dikira drpd 24, isteri 3, anak p 16, ayah 4, emak 4. Jumlah 27. Masalah ini dinamakan 'aul. Asal 24 menjadi 27. Jadi harta pusaka perlu dibahagikan dengan 27 bukan 24. Contoh mudah: Nilai Harta RM99,900

RM99,900/27 = RM3700 (1 bahagian)
- Isteri : RM3700 x 3 = RM11,100
- 3 anak : RM3700 x 16 = RM 59,200/3 (19,733.33 seorang)
- Ayah : RM3700 x 4 = RM 14,800
- Emak : RM3700 x 4 = RM 14,800

Kesimpulan:
1. Harta tidak akan pergi kepada adik beradik simati kerana ayah masih ada. Sekiranya ayah telah meninggal, maka bahagian ayah akan pergi kepada adik beradik simati. Kaedah pengiraan perlulah melihat kepada jumlah dan jantina adik-beradik pula.

2. Bahagian isteri kurang daripada bahagian ayah, sedangkan isteri lebih dekat dengan simati. Ini tidak boleh dipertikaikan kerana ayat Al-Quran sbg sumber hukum telah menetapkan demikian. Cuma perlu difahami Islam menetapkan bahawa isteri masih ada peluang2 lain untuk memperolehi harta simati seumpama harta sepencarian, hibah dsb. Jadi umat Islam perlu mengetahui dan memahami kaedah2 ini. SEKIAN

Perkongsian 1

Hasil perbincangan dengan beberapa orang kenalan, saya mendapati ramai orang tidak memahami hakikat ilmu Faraid. Kita tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin tidak ramai pakar/pendakwah yang menyebarkan ilmu ini menyebabkan mereka membahagi2kan harta mengikut kehendak sendiri tanpa mengambil kira batas2 hukum.

Saya ada berbincang dengan beberapa orang peneroka felda. Hari ini felda telah mencapai tahap generasi kedua (atau mungkin ke3 atau lebih). Bermakna sudah berlaku banyak kematian. Dasar yang ditentukan untuk tanah felda ialah tidak boleh meletakkan banyak nama. Jadi diletak nama seseorang daripada waris (spt isteri) yg mana mereka ialah pemegang amanah bagi sebahagian harta tersebut. Tapi banyak yang berlaku, pemegang amanah tidak menjalankan tanggungjawab mereka dimana harta dibahagikan tanpa berpegang pada hukum faraid. Akhir akan berlaku memakan harta orang lain atau menimbulkan perasaan tidak puas hati waris2 yang lain.

Bagaimana pula jika pemegang amanah tadi pula yang meninggal, sudah pasti masalah akan menjadi lebih rumit kerana anak2 mereka pula akan masuk campur dalam pembahagian harta tersebut. Sekian

Tuesday, March 3, 2009

Ayat Faraid

SURAH AL-NISA’ AYAT 11
- Bahagian anak, ibu dan bapa

“Allah perintahkan kamu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan [1]. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua[2], maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh simati. Dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu-bapa (simati), tiap-tiap seorang dari keduanya, seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh simati, jika simati itu mempunyai anak. Tetapi jika simati tidak mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya sahaja, maka bahagian ibu ialah sepertiga. Kalau simati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasitkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu [3]. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

[1] Bahagian anak lelaki dua kali bahagian anak perempuan adalah karena kewajiban lelaki lebih berat dari perempuan, seperti kewajiban membayar maskawin dan memberi nafkah.
(lihat surat An Nisaa ayat 34).

[2] Lebih dari dua maksudnya: Dua atau lebih berpandukan kepada amalan Nabi S.A.W.

[3] Sebab itu Allah Taala menetapkan bahagian mereka kerana Dia jua Yang Maha Mengetahui.


SURAH AL-NISA’ AYAT 12
- Bahagian suami isteri dan adik beradik seibu


“Dan bagi kamu (suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika simati yang diwarisi itu, baik lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau seorang saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasitkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris-waris)[1]. (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar.”

[1] Memberi mudharat kepada waris itu ialah seperti:
Mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka atau berwasiat dengan maksud mengurangi harta warisan, sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris, juga tidak diperbolehkan.


SURAH AL-NISA’ AYAT 176
- Bahagian adik-beradik kandung dan adik beradik sebapa

“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah itu [1], iaitu jika seseorang mati, yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuan, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh simati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu, supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

[1] Kalalah ialah: seseorang yang mati, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa.

Monday, March 2, 2009

PENGALAMAN 3

Ini pula kisah pak mentua saya (berlaku semasa belum lg jd menantunya)

Kisah yg juga sudah lama berlaku. Arwah datuk pd pak mentua saya memilki sebidang tanah. Tanah itu diambil oleh pemaju utk tapak perumahan dan beliau diganti dgn sebidang tanah lain yg beliau sendiri tidak tahu lokasinya sampai dia mati. Datuk pak mentua sebelum meninggal mempunyai seorang isteri (isteri ke2, isteri pertama meninggal dulu), 2 org anak dari isteri pertama (1 lelaki dan 1 perempuan), 2 anak dr isteri ke 2 (1 lelaki dan 1 perempuan). Ketika meninggal tanah yg diganti itu masih bernamakan tuan asal. Masa berlalu, hinggalah 2 org anak isteri pertama (bapa kpd pak mentua saya dan mak sedaranya) meninggal. Tinggal lah isteri ke 2 dgn 2 org anaknya.

Tanah itu masih tidak diketahui dimana lokasinya. Suatu hari datang seorang hamba Allah yg tahu tentang tanah itu memberitahu pak mentua saya supaya tolong uruskan tanah itu kerana tuan asalnya pun dah tua dan sakit2, nanti kalau dia mati lg susah. Jd diuruskan tanah itu dan utk memudahkan urusan diletakkan atas nama pak mentua saya. Selepas selesai, tidak lama selepas itu hamba Allah dan tuan tanah td meninggal. Selesai 1 peringkat masalah.

Masa terus berlalu, dgn tanah pusaka td masih atas nama pak mentua saya. Tak lama kemudian anak lelaki isteri ke 2 td meninggal meninggalkan anak yang ramai, selepas itu anak perempuan pula diserang sakit jantung, koma beberapa hari di hospital. Alhamdulillah, Allah panjang umurnya. Si isteri pula yang sakit tua selalu menyebut kalu2 ada rezeki untuk dia merasai pusaka peninggalan arwah suaminya sblm beliau meninggal.

Apa yang dirasai benar2 terjadi. Pada bln 12 baru2 ini, Allah Taala menjemput isteri ke 2 mengadapnya secara tiba-tiba. Yang tinggal sekarang ialah 1 org saje waris pd lapis pertama. Entah bila tanah itu dpt diselesaikan saya sendiri tidak tahu. Dah banyak kali menyebut kpd pak mentua, namun hingga hari belum lg selesai. Takut2 bila dia pulak meninggal lagi besar beban dan tanggungjawab anak2nya (isteri saya dan adiknya, termasuk saya juga) untuk menguruskannya.

PENGALAMAN 2

Ini kisah harta pusaka arwah nenek (org trg panggil tok) saya sendiri.
Semasa hayat tok ada membeli sebidang tanah, tetapi berkongsi dengan pak sedara (abg ayah yg sulong) yg membayar sebahagian lagi. Namun diletakkan nama pak sedara dgn harapan bila meninggal abg sulong akan agih2 utk adik2. Bila tok meninggal, pak sedara tadi terus menjual tanah yg nama dia tadi tanpa mengambil kira milik tok yg menjadi pusaka utk anak2 yg lain. Akhirnya berlaku perselisihan antara adik beradik kerana tidak puas hati. Hingga hari ini hubungan itu terus renggang.

Memandangkan ayah ialah anak bongsu, tok meletakkan sekeping tanah sawah atas nama ayah. Sekarang ayah berhajat nak menyelesaikan tanah pusaka itu, tetapi tidak mendapat kerjasama dari pak sedara tadi yg tidak mahu menyerahkan k/p nya utk urusan di Pejabat Pusaka. Hingga kini tanah itu tidak selesai. Sudah lebih 15 tahun rasanya. Tanah sawah itu sendiri tidak dapat dipastikan dimana lokasinya kerana dikelilingi dgn kawasan projek perumahan. Entah macam mana nasib arwah tok di sana...

PENGALAMAN 1

Marilah kita hayati bersama!
Masih teringat lagi, selepas tamat pengajian di Mesir dan pulang ke tanahair, cabaran pertama saya ialah diminta oleh tok sedara (nenek saudara) sebelah mak menyelesaikan harta pusaka peninggalan ibunya yang tertangguh hampir 50 tahun lamanya. Harta yang hanya sebidang kecil tanah yang nilainya tidaklah terlalu besar, tetapi mengganggu tidur beliau. Akhir2 ini, kata beliau tidurnya selalu didatangi arwah seolah2 membayangkan ada sesuatu yang tidak selesai. Rupa2nya tanah itu. Masih dengan nama arwah, lebih2 lagi arwah meninggalkan 3 anak perempuan. Satu masalah yang cukup rumit untuk mencari waris2 lain. Bahkan sudah ada waris yang meninggal. Akhirnya masalah pusaka menjadi berlapis2. Hanya untuk membayar sejumlah wang yang sedikit, namun atas dasar hukum agama ia perlu diselesaikan. Hinggakan berlaku kesilapan dalam pengagihan kerana tersilap mengesan waris mana yang terlebih dahulu meninggal. Akhirnya sebahagian kecil harta itu berjaya diselesaikan, namun baki yang lain masih lagi tertangguh hingga ke hari ini.

TAJUK-TAJUK AKHBAR

1. RM38 bilion pusaka belum dituntut
2. RM40 Billion Unclaimed Cash and Assets Left by The Dead
(RM38b in land and property, RM1.5b with Registrar of Unclaimed Monies, RM70 million with the EPF)
3. RM40b harta tak dituntut, RM38b babitkan pusaka Melayu
4. RM70 juta caruman KWSP tidak dituntut
5. Sejuta kes tuntutan tanah pusaka sukar diselesaikan
6. 900,000 hak milik tanah kepunyaan orang mati
8. 90 waris dapat 1.8 meter persegi seorang
9. Perebutan punca pembahagian tanah pusaka RM3b belum selesai
10. Anak mohon ibu junjung al-Quran nafi wasiat bapa
11. Anak dakwa ibu tiri pindah milik 540 ribu saham bapanya
12. Ibu cadang cagaran kos bicara RM30 ribu
13. Saksi minta kakak ipar sumpah junjung al-Quran
14. Anak kemuka tuntutan harta terhadap ibu kandung
15. Ibu saman dua anak, dakwa diperdaya
16. Gara-gara harta pusaka tak bertegur sapa
17. Gaduh berebut tanah, tangan putus ditetak
18. Dapat tanah, ibu terbuang (Metro/17 Jan 2008)
19. 50 tahun baru selesai kes tuntutan tanah pusaka
20. Waris cetek pengetahuan punca harta pusaka terbiar

Ini adalah sebahagian daripada tajuk-tajuk akhbar yang mungkin kita membacanya, tetapi kurang memberi perhatian apakah maksud disebaliknya. Ataupun kita mungkin langusng tidak mahu membacanya kerana rasa tidak penting, bukannya masalah aku dsb. Sebenarnya banyak lagi peristiwa2 tragis yang berlaku terhadap harta pusaka orang Islam di M'sia. Tidak mustahil ia akan berlaku kepada kita, waris kita nanti jika kita tidak memberi perhatian. Pada saya peristiwa2 ini membenarkan sabda nabi yang antara mafhumnya ialah fitnah besar akan melanda umat Islam jika memandang remeh kepada masalah harta pusaka.